Selainitu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan. 1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
Adakah bangunan bersejarah di Malaysia mempunyai nilai seni dan kisahnya tersendiri?Apakah bangunan-bangunan ini mempunyai kaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia?Bila mana kita menyebut tentang binaan yang masih wujud dan mewakili zamanya kegemilangan yang tersergam indah sehingga kini, pasti terdetik di hati ingin mengetahui kisah sejarahnya. Bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia rata-ratanya dijaga dengan baik, malah ianya dipulihara bagi mengekalkan mercu keutuhannya. Ada bangunan yang masih mengekalkan fungsinya, dan ada juga yang telah menjadi muzium malah ianya menjana pendapatan dalam sektor pelancongan bagi kawasan bangunan itu. Pin1 Bangunan Sultan Abdul Samad2 Kellie’s Castle3 Kota A Famosa4 Kubu Margherita5 Fort Cornwallis6 Muzium Perang7 Kota Kuala Kedah8 The Stadthuys9 Kota Lama Duyong10 Masjid Kampung Laut Dalam artikel kali ini kita akan melihat 10 banguan bersejarah di Malaysia yang paling popular dikunjungi pelancong. Bangunan Sultan Abdul Samad 3 kubah seperti bawang ini adalah berbentuk saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam Bangunan Sultan Abdul Samad yang turut menjadi mercu tanda bandar Kuala Lumpur ini cukup sinonim dalam kalangan rakyat Malaysia. Bangunan yang turut menjadi saksi bendera Jalur Gemilang pertama kali dikibarkan pada 31 Ogos 1957. Bagi merasai kemeriahan di sini anda boleh berkunjung pada hari perayaan seperti sambutan Hari Kemerdekaan dan sambutan malam Tahun Baru. Bangunan Sultan Abdul Samad Pada waktu malam bangunan ini kelihatan begitu cantik dengan limpahan cahaya lampu yang menghiasinya. Keunikkan dan kemegahannya turut menjadi daya tarikan setiap jurugambar untuk bekarya di sini. Lihat Penginapan Lihat Tour Lihat Peta Jln Raja, Kuala Lumpur City Centre, 50050 Kuala Lumpur Kellie’s Castle Kellie’s Castle adalah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak Istana yang terletak di Batu Gajah, Perak ini cukup terkenal dengan pelbagai versi cerita daripada lapisan masyarakat di Malaysia. Istana tiga tingkat ini dibina berdasarkan rekabentuk istana Moghul dengan menggunakan tukang mahir dari Madras. Kellies Castle Zaidi Istana milik peladang getah dari Scotland ini mempunyai 14 buah bilik, ruang bawah tanah, terowong rahsia dan lif yang tidak sempat disiapkan kerana pemiliknya meninggal dunia. Walaupun istana ini separuh siap ia tetap menjadi tarikan pelancongan dan turut menjadi lokasi penggambaran filem luar negara iaitu Anna and The King. Lihat Penginapan Lihat Peta Laluan Sentral 19, Taman Desa Sentral, 31000, Batu Gajah, Perak, Malaysia, 31000 Batu Gajah Kota A Famosa A Famosa Wall Kehebatan Kota A Famosa sebagai sebuah kubu pertahanan yang dibina oleh Portugis ini sentiasa tersemat di dalam sejarah awal Tanah bangunan yang masih berdiri teguh di Bandar Hilir Melaka ini dibina pada tahun 1511 dan telah menyaksikan pelbagai penderitaan yang ditanggung rakyat serta perubahan era penjajah pada waktu itu. A Famosa Kini anda boleh menyaksikan tinggalan Pintu Santiago atau turut dikenali Porta de Santiago yang masih dipelihara. Di sekitar bangunan ini turut terdapat beberapa buah meriam dan Gereja St. Paul’s yang turut mempunyai nilai sejarah. Seterusnya anda boleh menaiki tangga untuk melihat bangunan gereja yang tertua di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Gereja St. Paul. Lihat Penginapan Lihat Peta Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka Kubu Margherita Fort Margherita Imej oleh Jeremiah Seelan Bangunan bersejarah yang terletak dibina pada tahun 1878 ini terletak di atas tebing Sungai Sarawak yang berhampiran dengan kediaman disenaraikan sebagai Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak 1993 ia turut berfungsi sebagai pusat Renjer Sarawak, Pejabat Kampetai Jepun pada Perang Dunia Kedua dan Muzium Polis. Kubu Margherita The Brooke Imej oleh James Wong Kubu ini menjadi saksi di mana penduduk pribumi menentang penjajahan Rajah Brooke. Di sini anda dapat melihat laman hukuman bunuh dan memasuki galeri Brooke. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 445pm Jalan Litaran DUN, Kampung Istana, 93050 Kuching, Sarawak Fort Cornwallis Meriam Fort Cornwallis Kota Cornwallis Kapten Francais Alang-alang menikmati hidangan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang jangan lupa luangkan masa anda di tapak bersejarah ini. Dengan bayaran masuk RM10 bagi pemegang MyKad anda boleh menjelajah ke dalam kota yang dibina pada tahun 1786 ini. Fort Cornwallis Kota Cornwallis Kapten Francais Kota Cornwallis yang berusia lebih 200 tahun ini dibina oleh Kapten Francis Light ketika beliau menawan Pulau Pinang dan kini menjadi antara kota yang masih utuh dan terpelihara sebagai tarikan pelancongan bersejarah. Anda dapat melihat beberapa meriam, stor penyimpanan bahan letupan, gereja dan tugu gangsa. Lihat Penginapan Lihat Tour Lihat Peta Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town Muzium Perang War Museum Imej oleh Mavis Penang War Museum Bangunan bersejarah yang turut bertempat di Pulau Pinang ini pada awalnya menjadi kubu perang yang dibina oleh tentera British sekitar tahun 1930-an sebelum diambil alih oleh tentera Jepun pada tahun 1941. Lokasi sejarah yang turut dikatakan mempunyai kisah mistik ini merupakan muzium perang yang terbesar di Asia Tenggara. Tinggalan di Muzium Perang Imej oleh Allan Tse Anda boleh menjelajah muzium ini mengikut anak panah yang disediakan di mana dapat melihat tempat pelaksanaan penyiksaan, memasuki terowong gelap serta melawat tempat tidur Inggeris, India dan Melayu. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 600pm Jalan Batu Maung, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang Kota Kuala Kedah Kota Kuala Kedah Kota Kuala Kedah yang berpusat di tebing utara muara Sungai Kedah ini didirikan sebagai benteng pertahanan pada tahun 1771. Kota yang dibina pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa ini pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Seterusnya ia telah dikuasai oleh pihak British dengan menambah binaan rumah api dan pintu gerbang baru yang masih kekal sehingga kini. Tembok & menara Kota Kuala Kedah Imej oleh Azri Ardila Selepas diletakkan dibawah kuasa Jabatan Muzium Malaysia ia telah ditambahbaik untuk dijadikan sebagai Muzium Kota Kuala Kedah. Selain mempunyai koleksi artifak arkeologi ia turut mempunyai 13 buah peluru meriam dan 6 buah meriam buatan Inggeris yang berusia lebih 100 tahun. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 500pm Kota Marina, Kampung Padang Garam, 06600 Kuala Kedah, Kedah The Stadthuys Stadthuys adalah struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Melaka Bangunan berwarna teracotta-merah ini pasti menarik pandangan mata anda untuk menghayatinya atau singgah mengabadikan kenangan. Dikatakan asalnya bangunan ini berwarna putih, dan mempunyai pelbagai versi cerita kenapa ia ditukar warna. Dataran Merah The Stadthuys Bangunan ini merupakan antara bangunan Belanda yang tertua di Asia Tenggara yang mula didirikan pada tahun 1641 yang menjadi titik tumpu beberapa era penjajahan di Tanah Melayu. Kini ia meriah dengan aktiviti pelancongan yang mempunyai tarikan beca, beberapa buah muzium, gerai cenderamata serta lokasi buskers di sekitarnya. Lihat Penginapan Lihat Peta Gereja Christ, Jalan Gereja, Bandar Hilir, 75000 Malacca Kota Lama Duyong Kota Lama Duyung Imej oleh Khairul Nizam Kota Lama Duyung yang terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu ini dibina oleh Dato’ Biji Sura pada tahun 1919 sebagai tempat belajar ilmu agama bagi masyarakat di situ. Binaannya dikatakan terdiri daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya. Binaan ini menunjukkan campuran rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan Limas Belanda. Kota Lama Duyung Menariknya lagi ia turut mendapat pengaruh senibina asing seperti Corinthian atau Mesir untuk bahagian tiang dan dinding batu. Kota ini pernah mengalami kerosakkan akibat banjir dan telah dibina semula pada tahun 1986 semula dibuka sebagai lokasi pelancongan. Lihat Penginapan Lihat Peta 900am – 500pm Pulau Duyung Kecil, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu Masjid Kampung Laut Masjid Kampung Laut Tumpat Kelantan Imej oleh Kawazai Jazima Masjid yang dikatakan sebagai antara masjid yang tertua di Asia Tenggara ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan dan dianggarkan berusia 400 tahun. Masjid ini begitu unik kerana ia dibina daripada kayu cengal tanpa menggunakan sebarang paku. Ruang Solat Masjid Kampung Laut Tambahan lagi, masjid ini dikatakan dibina oleh Wali songo ketika dalam perjalanan dari kepulauan Jawa ke Champa pada abad ke 14. Sekitar tahun 1970an masjid ini dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu kerana tapak asalnya mengalami banjir yang teruk. Bermula tahun 2020 proses pemindahan ke tapak asal dilakukan dan kini anda boleh melawat masjid ini di Kampung Laut. Lihat Penginapan Lihat Peta Jalan Tok Nek, 16200 Tumpat, Kelantan Boleh cadangkan kepada kami bangunan bersejarah yang anda tahu dan mempunyai kisahnya tersendiri? Bersambung… Padaentri kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua artikel yang menarik iaitu tentang bangunan bersejarah di Malaysia. Semoga artikel ini menberi manfaat dan faedah kepada anda semua terutamanya kalangan pelajar Tingkatan 3 yang akan mencari bahan untuk Tugasan dan Kerja Kursus Sejarah PT3 2016 kali ini. Semoga ia memudahkan kerja anda Tak kiralah anda berada di manapun, Malaysia memang sudah lama terkenal dek kerana banyak bangunan unik dan cantik yang dibina dan diilhamkan dari warisan dan agama tempatan. Bahkan, ada di antaranya sudah wujud sejak era penjajah lagi. Jadi, kami senaraikan beberapa bangunan yang wajar anda lawati! Jom cuti-cuti Malaysia! 1 Christ Church, Melaka Diiktiraf sebagai salah satu bandar warisan dunia UNESCO, mana tidaknya kerana Melaka memang cukup terkenal dengan kekayaan budaya dan warisannya. Terletak di tengah bandar Melaka ialah Dutch Square, di dalamnya penjajah Belanda dulu membina Christ Church dan tinggal di kawasan itu. Seluruh kawasan ini cukup menawan dan riuh rendah, malah dari jauh lagi sudah terasa kemeriahannya. Walaupun Christchurch adalah gereja tertua yang masih berfungsi di Malaysia, rekaan dalaman gereja yang berusia 266 tahun ini nyata tak banyak berubah. Di sekitar Christ Church juga anda boleh nampak banyak beca berwarna-warni, menunggu masa untuk membawa pelancong ronda-ronda di sekitar bandar Melaka yang cantik dan mengagumkan. Selepas mengunjungi gereja, anda juga boleh melawat muzium terletak di sebelahnya. Muzium ini terletak di Stadthuys, sebuah bangunan yang terkenal dengan bahagian luar berwarna merah yang memang menarik perhatian, ada juga menara jam yang terletak berhampiran. Di muzium ini, anda akan dapat melihat koleksi pakaian tradisional dan artifak yang digunakan sepanjang sejarah Melaka. 2 Rumah Terbalik, Sabah Di Tamparuli, Sabah, terdapat sebuah rumah yang terbalik diberi nama Rumah Terbalik. Sekiranya anda ingin merasai sendiri bagaimana rasanya berjalan dan melangkah di dalam rumah dalam keadaan terbalik, inilah dia! Rumah kampung ini tiada bezanya dengan rumah anda yang lengkap, ia juga ada dapur, ruang tamu, bilik tidur dan bilik air. Sekiranya anda gemar mengambil gambar bersama rakan-rakan dan keluarga anda, Rumah Terbalik adalah salah satu bangunan unik di Malaysia yang tak boleh anda lepaskan. Anda juga boleh kembali ke masa lampau dengan berkunjung ke 3D Wonders Museum, yang terletak dalam perkarangan sama dengan Rumah Terbalik. Di sini, anda dapat melihat sendiri Sabah di masa silam, dan bergambar bersama penunggang kuda mahupun orang utan! Lawatan berpandu turut ditawarkan untuk menikmati keistimewaan Rumah Terbalik dan Muzium Keajaiban 3D. Setiap lawatan merangkumi kelas memasak etnik, perkhidmatan bas ulang-alik, dan pengalaman budaya di kampung simulasi. Minat kedua-duanya? Anda boleh mendapatkan pakej 2-dalam-1 dengan harga diskaun! 3 Stesen Keretapi KL Disebabkan seni binaannya yang indah, Stesen Keretapi KL pernah menjadi antara simbol yang paling banyak dirakam di bandaraya ini. Reka bentuk bangunan ini dipengaruhi oleh gerakan gaya Indo-Sarakenik, dan dibina dengan gabungan seni bina Gothik, Rom, dan Moor. Stesen ini pernah menjadi hab keretapi utama KL, sehinggalah KL Sentral mengambil alih status itu pada tahun 2001. Kini, Stesen Keretapi KL berfungsi sebagai ibu pejabat pentadbiran Keretapi Tanah Melayu. Selepas selesai mencuci mata di Stesen Kereta Api KL, anda boleh berjalan kaki 5 minit saja menghala ke NU Sentral, pusat membeli-belah bertingkat dengan pelbagai kedai berjenama, restoran, dan hiburan. 4 Masjid Jamek KL Jika anda renung lama-lama, Masjid Jamek tak ubah seperti istana kisah dongeng. Percaya atau tak, walaupun bahagian luar masjid masih dijaga dan dipelihara dengan baik, ia adalah salah satu masjid tertua di Kuala Lumpur. Bahkan, Masjid Jamek pernah menjadi masjid nasional sebelum Masjid Negera dibuka pada tahun 1965. Sama seperti Stesen Keretapi KL, rekaan Masjid Jamek diciduk dari gaya seni bina Indo-Saracenik dengan perincian Moor yang indah dan serlahan batu bata. Sekiranya anda ada masa, apa kata berjalan-jalan sehingga matahari terbenam. Nak tahu kenapa? Kerana pada waktu itu masjid ini akan diterangi dengan limpahan lampu berwarna hijau dan biru, menambahkan lagi serinya. Pasti anda tertawan! Jika anda tak mahu lepak lama-lama di sini, anda boleh berjalan hanya 5 minit ke Jalan Masjid India. Di sini terletaknya pasar jalanan meriah yang menjual pelbagai jenis cenderamata, beg, aksesori, pakaian India, makanan dan banyak lagi, semuanya menanti anda! 5 Menara Berkembar Pertronas Banyak bangunan pencakar langit dibina dan tertumpu di ibu kota Kuala Lumpur, namun Menara Berkembar Petronas adalah pencakar langit paling menakjubkan. Dengan 88 tingkat, menara kembar ini disenaraikan sebagai salah satu pembangunan tertinggi di dunia dinobatkan sebagai bangunan tertinggi dunia dari tahun 1998 hingga 2004. Walaupun pencakar langit ini pada mulanya dibina sebagai ibu pejabat syarikat petroleum nasional, mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengusulkan reka bentuk yang memiliki identiti Malaysia. Malah, jika dilihat dari pemandangan atas, setiap satu kubah puncak menara berbentuk simbol bintang bertitik lapan. Bagi anda yang ingin melihat panorama langit KL dari menara berkembar ini, anda perlu beli tiket masuk dulu. Tiket masuk ke jejantas udara terhad kepada 1,000 orang setiap hari, jadi pastikan anda buat tempahan awal bagi mengelak dikecewakan, okay! Fakta Ria Tahukah anda bahawa Menara Berkembar Petronas dapat bertahan dari serangan angin taufan? Tahu lebih banyak tentang bangunan pencakar langit lain di Malaysia di sini!
Bangunanutama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur
Bangunan besar yang mendominasi latar langit Malaysia ada yang sehingga mencecah awan banyak dibangunkan dari segi sejarah mahupun pemodenan. Kalini kita bawakan bangunan-bangunan terkenal dan bersejarah di Malaysia, yang terdapat di serata negeri. Siap sedia untuk berasa kagum dengan bangunan yang telah dibina bertahun dan berdiri megah sehingga kini. Menara Maybank, Kuala Lumpur bangunan Menara Maybank yang mengagumkan ini merupakan sebuah pencakar langit 50 tingkat yang dibina di pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pejabat-pebajat Maybank telahpun tapak bersejarah ini sejak tahun 1988 dan merupakan salah sebuah tarikan pelancong paling terkenal. Terdapat koleksi duit kertas dan syiling yang menarik di Muzium Numismatik Maybank. Oh menara ini juga adalah bangunan kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas tahu. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam Merupakan sebuah lokasi dan destinasi terkenal buat para pelancong bukan sahaja di Malaysia, malah Asia Tenggara. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz terletak di Jalan Persiaran Masjid, Selangor. Juga adalah masjid terbesar di dalam negara dan kedua terbesar selepas masjid yang berada di Jakarta, Indonesia dalam Asia Tenggara. Pasangan yang sedang berbulan madu atau pencinta seni dari serata dunia suka datang ke seni bina yang menakjubkan. Kubah kaca berwarna biru dengan hiasan dalaman yang boleh dilihat dari jauh. Kuil Kek Lok Si, Penang Kuil Kek Lok Si adalah kuil bangsa Budha terbesar di negara, juga merupakan mercu tanda bersejarah juga tarikan pelancong yang terkenal di Pulau Pinang. Kuil ini juga dikenali sebagai Kuil Supreme of Bliss yang menempatkan semua penganut agam dari seluruh Asia Tenggara. Laluan masuk cantik, ukiran hiasan dalaman dan mural pun menakjubkan. Siap ada kolam penyu lagi. Istana Kellie, Perak bangunan Khabar angin mengatakan bahawa bangunan ini dibina sebagai hadiah kepada keluarga bagi arkitek asalnya iaitu William Kellie-Smith. Bertapak di Batu Gajah, daerah Kinta. Sebuah destinasi wajib buat pasangan berbulan madu dek kerana kemahiran arkitek dalam menggabungkan elemen romantis, tragedi dan juga misteri. Walaupun istana tidak siap dibina dah runtuh, anda masih boleh berkunjung ke koridor bawah tanah ladang getah lama. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur Pelancong yang datang ke Malaysia kan dah ada satu gambaran khusus dalam fikiran; pemandangan Menara Berkembar Petronas yang tersergam indah. Gabungan dua bangunan yang merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum Burj Khalifa di Dubai siap dibina. Strukturnya yang unik dan menggabungkan dua bangunan dan dikenali sebagai bangunan dua buah berjambatan tertinggi di dunia. Kedai cenderahati dan pusat komersial lain-lain boleh didapati di menara ini. Leong San Tong Khoo Kongsi bangunan Pernah tak rasa terpesona dan kagum dengan budaya masyarakat Cina? Kuil mercu tanda yang berada di Cannon Square George Town Malaysia ini dapat mengajar para pengunjung sedikit sebanyak tentang sejarah, budaya, tradisi masyarakat Cina dan maacam-macaam lagi. Struktur Leong San Tong Khoo Kongsi pula adalah tempat perlindungaan klan Cina yang terkenal, dari situlah tempat ini mendapat namanya. Waktu malam dihiasi dengan lampu-lampu untuk pertunjukan budaya. Kuil ini menerap unsur-unsur yang menarik dalam pembinaannya, dengan mural yang cantik dan koleksi ukiran yang menarik pandangan mata. Istana Kesultanan Melaka Terokai Istana Kesulatanan Melaka yang menempatkan artifak-artifak bersejarah dan diorama yang menghidupkan sejarah wilayah dan budaya kesultanan. Muzium ini ditempatkan di model istana lama. Dibina berdasarkan maklumat dan data dari Sejarah Melayu, sebuah sejarah kesultanan yang romatis diaanggap sebagai salah sebuah karya sastera Melayu terbaik. Anda akan jumpa senjata antic, barang kemas dan karya seni serta perabot dan kostum antik yang cantik-cantik. Masjid Zahir, Kedah bangunan Masjid Zahir ialah masjid negeri Kedah dan terletak di Alor Setar, Kota Setar, Kedah Malaysia. Masjid ini dibina pada tahun 1912 dan merupakan masjid tertua dan terbesar di Malaysia. Ia juga ditabalkan di dalam anugerah sepuluh masjid tercantik dunia. Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Masjid Negeri Sultan Abu Bakar telah mengawasi bandar Johor Bharu bertahun lamanya. Masjid gaya Victoria ini telah wujud antara tahun 1892 dan 1900. Bangunan beribadah yang cantik ini mewakili gabungan seni bina yang bagus berserta dengan konsep barat. Bangunan ini dibina sebagai penghormatan kepada seni bina menara Inggeris. Yang menariknya, masjid ini boleh memuatkan seramai 2,000 orang dalam satu masa dan terbuka buat orang Islam dan bukan Islam. Etika berpakaian jelah kena jaga sikit, kalau tak tidak boleh masuk nanti. Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral ialah sebuah hab transit utama yang menggarap reka bentuk moden dan kawasan perumahan hotel, pejabat, flat dan pusat membeli-belah. Setiap tahun, lebih kurang 30 juta penumpag menjejakkan kaki ke stesen bersejarah ini. Keretapi ekspres disini boleh bawa anda terus ke lapangan terbang, keretapi transit antara bandar, bas antara negeri dan perkhidmatan monorel ke pusat membeli-belah utama di bandar-bandar bila anda berkunjung ke bangunan berkonsepkan transit ini. Walaaupun kesemua tempat di atas hanyalah sebuah bangunan, namun setiap darinya memegang sejarah tersendiri. Cara yang berbeza untuk membuatkan perjalanan atau percutian anda lebih menarik. Dari cari tempat makan dan tempat viral je kan, apa kata kita melawat bangunan pula? Sajikan mata anda dengan pengetahuan baru. Bunyi pun dah seronok. Selamat berjalan-jalan. Sumber
LimaBangunan-Bangunan Yang Menakutkan Dan Menyeramkan Di Malaysia, banyak rumah - rumah dan bangunan lama diklasifikasikan menyeramkan dan berpenunggu. 1. Apartment Riviera II, Cheras. Sekitar akhir tahun 1990-an, apartment ini menempatkan pelajar-pelajar asrama beberapa buah universiti dan juga orang ramai, termasuk warga asing.
Inimenjadikan Daerah Sandakan sebagai ekopelancongan yang terkenal di Sabah (Melakatour, Contohnya di bandar utama Sandakan terdapat bangunan terkenal yang besar dan tinggi iaitu Habour Mall Sandakan Dipetik daripada - malaysia/sabah-bakal-jadi-hab-pengeluar-produk-burung-walit-dunia-jeffrey-268079. Dicapai pada 9 November 2021. Berdiridi 170 meter di atas tanah, Menara Petronas adalah gedung pencakar langit kembar di Kuala Lumpur , Malaysia. Bangunan-bangunan yang menyandang predikat tertinggi di dunia antara 1998-2004 ini merupakan landmark ikonik ibu kota. . 144 205 271 235 178 396 144 50

bangunan yang terkenal di malaysia